Definisi Penagihan Dadah Pdf Viewer
YUNUS PATHI MOHD. PENAGIHAN dadah dewasa ini telah mengancam keselamatan negara apabila terdapat begitu ramai anak muda yang bakal mewarisi negara terjebak dan terjerumus dalam kegiatan negatif ini. Senario ini dapat kita lihat di serata tempat, tidak kira di bandar raya, pekan kecil, di desa dan kampung semuanya wujud masalah penagihan dadah. Bahkan ia turut menjangkiti golongan profesional yang berkelulusan tinggi.
Jelaslah dadah tidak mengenal sesiapa, ia akan terus merebak dan berleluasa. Lantaran begitu rumitnya masalah penagihan dadah yang wujud sekarang ini, maka pihak- pihak tertentu memikirkan cara untuk mencegah, membendung, merawat dan memulihkan penagih dadah.
Pelbagai usaha, aktiviti dan program dilaksanakan untuk menghapuskan masalah penagihan di negara kita ini. Saban tahun belanja untuk pemulihan penagih ditambah tetapi saban tahun juga bilangan penagih turut bertambah. Di mana silapnya? Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi kita seharusnya duduk bersama berbincang dan mencari punca dan bagaimana mencegahnya. Satu persoalan yang perlu diberi perhatian ialah kesukaran penagih untuk memulihkan ketagihan mereka. Masyarakat umumnya berpendapat penagih dadah tidak dapat dipulihkan dan dirawat, buktinya banyak penagih yang telah mendapat rawatan dan pemulihan kembali menagih selepas tamat program.
Definisi Penagih Dan Ketagihan Menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) Dan Akta-Akta Lain Yang Berkaitan Abdul Halim Mohd Hussin, Vanaja A/P K.Subramaniam,Haslinda Hussein, Sarina Mohamed, Hafiz Yusoff &ASP Loh. Statistik Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja downloads at Ebook-kings.com - Download free pdf files,ebooks and documents - Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar -. KESAN KAUNSELING KELOMPOK PENYESUAIAN REMAJA.
Laporan Dadah Januari 2009 . STATISTIK PENAGIH DADAH Laporan ini membentangkan statistik penagihan dadah yang di kesan di seluruh negara bagi bulan Januari 2009 yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah. Penagihan dadah di Malaysia adalah satu masalah sosial yang rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Dzulkifli Abdul Razak (1995) menerangkan bahawa penagihan dadah pada umumnya merangkumi penagihan heroin, morfin, ganja, dan sebatian terbitan.
Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu : . Kesan Kepada Penagih Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan Dr Rahmat Awang Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. Masukkan (Embed) Dokumen PDF Dalam Blog WordPress Hormati Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri Al-Khindi 20 Nama. Abdullah (1993) Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Perbandingan antara Penyalahguna Dadah dengan Bukan Penyalahguna Dadah. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 1 (1 PDF 7Mb.
Masalahnya bukan program rawatan yang tidak berjaya dan tidak berkesan. Ia sebenarnya terletak pada diri individu itu sendiri untuk membuat keputusan mahu berubah atau tidak.
Sekiranya seseorang penagih dadah itu mengambil keputusan untuk berhenti mengambil dadah, tanpa menjalani rawatan pemulihan sebenarnya ia boleh pulih. Namun hakikatnya seseorang penagih dadah yang mahu berhenti mengguna dadah amat sukar untuk membuang subbudaya penagihan yang telah mereka lalui.
Subbudaya penagihan bermaksud kehidupan seseorang penagih di alam penagihan. Berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh Mardi G.
Lebih jelas lagi budaya penagihan ini ialah budaya yang menyimpang dan melanggar tatasusila masyarakat. Menurut George De Leon (1. Apabila mereka berada dalam subbudaya penagihan, mereka hanya komited untuk mendapatkan dadah.
Dalam soal ini penagih dadah ini sanggup melakukan apa sahaja dan tidak mempunyai arah tuju. Dalam subbudaya ini setiap penagih dadah boleh dikatakan akan mengalami phobia traumatic kerana mereka pernah ditangkap polis, dipukul, dibelasah beramai- ramai dan sebagainya. Apabila seseorang itu berada dalam subbudaya penagihan, mereka tidak mampu untuk mencari jalan keluar kerana mereka hidup dalam kelompok sendiri iaitu di kalangan penagih.
Penagih- penagih ini perlu diberi pemulihan yang berkesan supaya mereka mendapat satu kehidupan baru dan berfungsi sebagai manusia yang normal. Dalam merawat dan memulihkan penagih dadah, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pemecahan subbudaya penagihan yang ada pada diri mereka. Pemecahan subbudaya penagihan ini bermaksud membuang sikap dan tingkah laku negatif yang selalu mereka lakukan semasa di alam penagihan. Untuk melakukan pemecahan subbudaya penagihan terdapat empat struktur utama yang perlu diberi perhatian iaitu sikap, emosi, pemikiran dan kemahiran vokasional. Setiap unsur ini merupakan kunci utama bagi pemulihan sepenuhnya seseorang penagih dadah.
Dalam aspek memecahkan subbudaya seseorang penagih kita perlu melihat kepada profil penagihan yang mengandungi pelbagai perilaku negatif. Perilaku- perilaku seumpama inilah yang mesti dibuang untuk memastikan rawatan pemulihan berjaya. Pemecahan subbudaya penagihan ini pula berjalan dalam satu kelompok komuniti yang mengalami masalah yang sama dan mendesak untuk melakukan perubahan serta berhenti menggunakan dadah.
Contohnya di Rumah Pengasih wujudnya satu mekanisme yang disebut sebagai penghuni merawat penghuni. Ia bermaksud mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah akan saling bantu- membantu semasa dalam proses pemulihan dan mengamalkan konsep kekeluargaan. Penagih yang menjalani rawatan pemulihan perlu diletakkan dalam sebuah komuniti yang berkonsepkan kekeluargaan. Konsep kekeluargaan ini penting kerana kebanyakan penagih dadah menghadapi masalah kehilangan kasih sayang daripada ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik- beradik, suami atau isteri serta waris- waris terdekat. Kekuatan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap bekas penagih dalam pemulihan dapat menyedar dan mengubah tingkah laku bekas penagih dadah ini. Kita perlu menoleh ke belakang dan mencari punca sebenar penagih terjebak dengan dadah dan perlu memecahkan subbudaya yang dibawa oleh penagih- penagih. Faktor pengaruh rakan sebaya memang telah diketahui umum merupakan penyebab utama seseorang individu terlibat dalam penagihan dadah.
Oleh itu, dalam usaha memecahkan subbudaya penagihan faktor rakan sebaya adalah sangat penting untuk mendesak penagih dadah berubah. Dari segi penerimaan, penagih dadah akan lebih bersikap terbuka untuk menerima teguran, ajakan dan nasihat rakan sebaya. Begitu juga Terapi Terapeutik Komuniti penggunaan faktor rakan sebaya merupakan alat yang paling berkesan dalam rawatan pemulihan penagihan. Dengan kata lain rakan- rakan sebaya akan menjadi cermin kepada penagih itu untuk membetulkan tingkah lakunya. Jika tiada rakan yang menegur, besar kemungkinan seseorang itu tidak mengetahui bahawa perbuatan itu menjadi kesalahan.
Manakala dari segi aspek pemikiran, emosi dan kepercayaan, penagih dadah juga perlu dirawat, ini kerana penagih mempunyai emosi yang sensitif dan sub- budaya penagihan telah membentuk kepercayaan yang negatif. Penagih dadah akan merasakan dirinya unik dan berbeza daripada orang lain, menganggap semua yang dilakukannya adalah betul, seorang yang berani mencuba dan pelbagai lagi kepercayaan yang negatif. Pemikiran dan kepercayaan yang negatif penagih dadah akan mempengaruhi tingkah laku, emosi, dari segi fizikal dan mentaliti. Selain itu, pengawalan emosi juga turut dilakukan melalui pembentukan beberapa kumpulan yang akan berperanan untuk mereka melepaskan perasaan seperti marah, kecewa dan tidak puas hati. Setelah itu penagih dadah yang menjalani sesi ini akan mendapat satu pengalaman cara untuk seimbangkan tekanan dan kasih sayang bagi membentuk satu emosi yang positif. Untuk mengubah pemikiran negatif kepada pemikiran yang positif seseorang penagih dadah perlu mempunyai kepercayaan bahawa rawatan yang dijalani sekarang ini mampu untuk membentuk sahsiah diri serta mampu untuk membuang subbudaya seorang penagih dadah yang sekian lama dibawa.
Satu lagi rawatan yang perlu dalam merawat dan memulihkan penagih dadah ialah kemahiran vokasional. Dalam Terapi Terapeutik Komuniti sangat menekankan latihan kemahiran dan pendidikan, untuk perubahan terapeutik dan untuk meningkatkan komuniti sebaya. Semua ini adalah penting dalam proses menuju matlamat pemulihan bagi persediaan individu untuk masa depan. Kita tahu bahawa penagih dadah mempunyai tingkah laku yang negatif tetapi kita tidak memahaminya dan tidak pernah merasainya. Jadi aspek paling utama dalam memastikan proses rawatan dan pemulihan penagih dadah mencapai kejayaan ialah perlu adanya role model.
Sebagai contohnya staf- staf di Rumah Pengasih adalah terdiri daripada bekas penagih yang telah berjaya dan pulih daripada ketagihan dadah serta golongan profesional dan bertaraf pendidikan tinggi. Mereka ini bagaikan cermin diri untuk penghuni di Rumah Pengasih dan mempamerkan teladan positif seperti tingkah laku, sikap, perwatakan dan sebagainya dan akhirnya menjadi ikutan penagih yang masih berada dalam proses rawatan pemulihan.
Sekiranya apa yang diperbincangkan ini betul- betul diamalkan dan dilaksanakan tidak mustahil kita dapat mengurangkan jumlah penagih dadah yang kian meningkat di negara ini. Namun kita harus sedar banyak aspek yang perlu dilihat untuk memulihkan dan merawat penagih- penagih dadah, tapi hakikatnya pulih daripada dadah terletak pada diri individu penagih itu sendiri sama ada mahu melakukan perubahan ataupun tidak.* MOHD.
Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. U. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan .
Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis.